2016年8月17日星期三

Pencemaran Air

Perubahan yang berlaku kepada air dari segi kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai bentuk seperti pepejal, cecair dan gas.




Punca:

Limpahan Minyak Ke Dalam Laut



  • Penggerudian perigi-perigi minyak untuk mendapat minyak mentah dan letupan tangki minyak
  • Air tercemar apabila minyak bercampur dengan air laut
  • Tumbahan minyak menutupi permukaan air

Sisa Buangan Dari Kilang

  • Kilang-kilang dibina di sepanjang sungai
  • Memastikan bahan-bahan buangan boleh disalirkan ke dalam sungai
  • Bahan kimia yang disalurkan ke dalam sungai mengandungi bahan toksik

 Bahan Buangan Domestik Dan Organik

  • Contoh: sampah sarap, minyak dan najis 
  • Dibuang oleh individu yang tidak bertanggungjawab
  • Menyebabkan sumber air tercemar dan berbau


Pertanian

  • Contoh: penanaman sayur-sayuran dan padi 
  • Racun perosak yang disembur mencemarkan sumber air 
  • Pengaliran sisa-sisa racun perosak ke dalam sungai apabila hujan 


Impak:


Kesan Kepada Manusia


  • Kesihatan manusia tergugat akibat terminum air yang tercemar 
  • Mengandungi bakteria, virus, dan parasit
  • Penduduk asli yang tinggal di tepi sungai menjadi mangsa apabila mereka kerap menggunakan air sungai untuk menjalankan aktiviti seharian


Kesan Kepada Organisma Akuatik


  • Kehidupan akuatik terancam
  • Contoh: ikan, udang, sotong
  • Pelbagai jenis burung atau unggas yang bergantung kepada hidupan air sebagai sumber makanan akan terancam
  • Organisma akuatik mengalami kepupusan


Video Pencemaran Air


Saksikan dalam YouTube: 

https://www.youtube.com/watch?v=MAuB8PbIHCU



2 条评论:

  1. Melalui blog ini, saya diberikan kesedaran tentang perlunya berhati-hati sebelum minum air. Saya perlu memastikan air tersebut selamat diminum dahulu. Ini kerana pencemaran air selalunya berlaku tanpa disedari melalui beberapa punca yang tertulis dalam blog ini. Tambnahan pula, pencemaran air mendatangkan implikasi yang teruk kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Terima kasih atas perkongsian ilmu anda semua.

    回复删除
  2. Haha! Sama-sama! Saya gembira juga kerana dapat membantu anda!

    回复删除