Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.
Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak ini mengakibatkan kesan pencemaran.
Semua kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap akitiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil daripada aktiviti manusia kepada alam persekitaran yang menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.
Pencemaran dapat dibahagikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam :
1. Pencemaran udara
2. Pencemaran air
3. Pencemaran bunyi
4. Pencemaran tanah
5. Pencemaran terma